PLAN DIET ALSD2
- Kurangkan makanan berLEMAK, berKANJI dan berGULA.
- Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.
- Pengambilan buah-buahan adalah tidak dibenarkan semasa menjalani program ini kerana kandungan Karbohidrat dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20 - 35 gram.
MENGAPAKAH BUAH-BUAHAN TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG ALSD2 DI JALANKAN ?
Ketika dalam menjalani program diet penurunan berat badan ALSD2 ini, pengambilan karbohidrat harian ini SEHARUSNYA di antara 20g hingga 35g sahaja. Buah-buahan pula mengandungi kandungan karbohidrat yang teramat tinggi dan sememangnya tidak sesuai bagi program ini. Bandingkan jadual dibawah:
Contoh Buah-buahan, Saiz Pengambilan Karbohidrat (gram) dan Tenaga (kalori)
- Epal Hijau 1 biji (sederhana) 9.1 39
- Epal Merah 1 biji (kecil) 13.1 57
- Pisang 1 biji (kecil) 22.9 100
- Jambu batu Setengah biji (kecil) 10.0 46
- Oren 1 biji (kecil) 10.4 49
- Belimbing Setengah biji (kecil) 5.0 24
- Durian Seulas 27.9 453
- Rambutan 4 hingga 5 biji 13.9 59
- Anggur 8 biji 16.3 68
- Betik Sehiris nipis 7.1 35
- Tembikai Sehiris nipis 6.0 28
Anda mesti baca di sini --> Kelebihan Program ALSD2
MENU CADANGAN BAGI DIET SDII
Dibawah ini kami sertakan menu cadangan yang berkesan bersama SDII meliputi sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Penting: Pastikan minum SDII terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa makanan.
SARAPAN PAGI
- Menu-1 Minuman SDII, Sebiji telur + Daging + Keju Cheddar rendah lemak, 1 biji tomato saiz sederhana.
- Menu-2 Minuman SDII, 2 Biji telur rebus, 1 biji tomato saiz sederhana.
- Menu-3 Minuman SDII, 2 Biji telur hancur (scrambled) dan sayur campuran.
- Menu-4 Minuman SDII, Sup telur dicampur hirisan ayam dan secawan kobis.
- Menu-5 Minuman SDII, 2 biji telur goreng dan salad sayur-sayuran.
- Menu-6 Minuman SDII, Sup berasaskan daging ayam, telur hancur (scrambled) dan Brokoli.
- Menu-7 Minuman SDII, telur yang di steamkan dengan daging kisar dan cendawan serta sebiji tomato sederhana.
MAKAN TENGAHARI
- Menu 1 Minuman SDII, Tofu serta isi ketam, telur dengan udang dan Brokoli rebus.
- Menu 2 Minuman SDII, ayam dipanggang, adunan salad digoreng bersama bawang putih dan asparagus goreng.
- Menu 3 Minuman SDII, daging goreng kicap dan brokoli bersama udang.
- Menu 4 Minuman SDII, Rendang ayam serta adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
- Menu 5 Minuman SDII, ayam digoreng bersama halia dan asparagus dipanggang bersama telur.
- Menu 6 Minuman SDII, stik bersama potongan tomato segar dan adunan goreng kacang bendi, cendawan dan bawang.
- Menu 7 Minuman SDII, ikan dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
MAKAN MALAM
- Menu 1 Minuman SDII, hirisan kambing bakar dengan sos pudina, sayur campuran dan daun saderi (celery) digoreng bersama udang.
- Menu 2 Minuman SDII, Ikan yang dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
- Menu 3 Minuman SDII, ayam yang dipanggang, tofu bersama daging kisar, serta sayur bayam.
- Menu 4 Minuman SDII, hirisan kambing bakar bersama sos pudina, daun saderi (celery) + udang digoreng, serta sayur campuran.
- Menu 5 Minuman SDII, Ketam yang dipanggang, ikan dan adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
- Menu 6 Minuman SDII, adunan goreng udang campur daun saderi (celery) dan hati goreng halia.
- Menu 7 Minuman SDII, Tofu beserta isi ketam, udang dimasak dengan telur, Brokoli yang direbus.
P/s: Minum air kosong sekurang2nya 2 liter sehari..lagi banyak lagi baik. Air kosong bagus untuk sistem badan anda!