Thursday, 12 July 2012

FAKTA BERKENAAN MEREKA YANG OBES!


Penting! Penting! penting!
Aduhai, satu fakta yang mengejutkan yang saya perolehi daripada World Health Organization (WHO) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan mereka yang OBES!
1. WHO : Kadar Obesiti di Malaysia adalah pada ranking ke-6 daripada 48 buah negara di Asia.. Fuuhhh!
2. KKM : 30% penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan manakala 30% lagi mengalami masalah Obesiti!… Fuuhhh!
Fuuhhhhh… fakta menarik untuk kita bincangkan, kan?
Jom kita ulas sikit mengenai fakta tersebut..

Kenapa?
Betul ke tidak fakta ni? Boleh dipercayai ke? Atau WHO dan KKM saja je nak menakutkan kita?
Oklah, untuk membuktikannya, mudah saja! Kita boleh je ambil contoh di sekeliling kita.. Sebagai contoh kakak kita, mak cik pak cik kita, jiran kita atau kawan-kawan kita.

Paling mudah jom kita lihat kakak kita, apa yang terjadi selepas mereka berkahwin. Badan naik! Pinggul semakin besar! Dan bila dah ada anak 1 pulak, makin besar dan makin besar.. Apatah lagi bila anak dah 2 nanti..
Pak Cik Mak Cik kita pulak tak payah cakap, yang Pak Ciknya perut semakin ke depan.. sama je macam abang kita 4 bulan selepas berkahwin, semuanya boleh jadi GENG PERUT dah.
Tak nak cerita pasal jiran kita atau sahabat-sahabat kita lagi.
Kita lihat yang paling dekat iaitu kita sendiri, saya jamin sewaktu anda membaca artikel ini anda sedang duduk, betul tak?

Ok, lihat perut anda sekarang.. berlapis tak?
Kalau tak ada berlapis-lapis lemak yang dapat dilihat..saya ucapkan tahniah TAPI..
Kalau belapis-lapis macam kena pam, saya terpaksa katakan bahawa dalam tempoh setahun dua lagi, anda juga akan tergolong dalam golongan 30% yang dikatakan
oleh KKM tadi.. Menakutkan bukan? Rupa-rupanya kita sendiri yang akan menyebabkan peratusan obesiti itu akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang TANPA kita sedari… Fuuhhhhh.. (nasib baik TERbaca artikel ni)

Apakah masalah kegemukan ini membahayakan? Dan tentulah membahayakan kesihatan kita..Penyakit banyak datang, contohnya darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
Ni penyakit utama yang membawa maut di Malaysia, puncanya daripada KEGEMUKAN dan juga makanan!

Aduhai…
Makanan, memang sah lah dari makanan, betul tak? Makanan orang Malaysia maksud saya..
Ermm… tak perlu saya ceritakan betapa sedapnya makanan orang Malaysia.. Kalau tak letak gula, tak letak santan, kalau tak goreng berendam dalam minyak… bukan makanan Malaysia lah namanya, anda perlu bersetuju dengan saya ni.
Yang sedap itulah yang meningkatkan kemungkinan kita hinggap masuk ke dalam komuniti orang Obes dan berberat badan berlebihan.

sumber (alamonline.net)